Thursday, October 14, 2010

Cara Kedua Untuk Melancarkan Sistem Operasi (OS) Windows

*Cara Pertama Untuk Melancarkan Sistem Operasi (OS) Windows = Klik Sini

Cara kedua ini tidak memerlukan apa-apa perisian (Software) yang perlu di muat turun (Download). Microsoft telah membekalkan perkakas ini, iaitu "Disk Defragmenter". Apa fungsi "Disk Defragmenter" ?? "Disk Defragment" akan menyusun semula file (Data) korang. "Disk Defragmenter" ini tak akan buang file (Data) korang, "Disk Defragmenter" ini hanya akan menyusun semula file (Data) korang yang telah bersepah tu. Lebih kurang macam korang kemas rumah atau bilik korang la, senang sikit korang nak berjalan kan?? hehehehe.

*Aku cadangkan korang jangan gunakan komputer semasa membuat "Disk Defragmenter" ini. Lama juga untuk menunggu "Disk Defragment" ini selesai (Kalau malas nak tunggu, korang buat "Disk Defragment" pastu tidur ke pergi lepak kedai mamak ke) hehehe.

Jom teruskan cara kedua melancarkan sistem operasi (OS) Windows.

Pergi pada "Start" dan pergi pada "All Programs" dan pergi pada "Accessories" dan pergi pada "System Tools" dan pilih "Disk Defragmenter"



1. Klik pada "(C:)". *C: bermaksud "Local Disk" iaitu cakera keras "Hard Disk Drive".

2. Klik pada "Defragment"

Kalau macam aku ada 3 bahagian (Partition) cakera keras "Hard Disk Drive". Terpaksalah aku buat satu-satu. Lepas (C:) aku kena buat (J:) lepas tu baru buat (I:). Lepas itu selesailah. Hehe.



File (Data) di "Local Disk (C:)" sedang di susun semula "Defragment"



Penyusunan file (Data) "Disk Defragmenter" telah selesai.

Klik "Close"



Kalau cakera keras (Hard Disk Drive) korang ada banyak bahagian (Partition). Korang kenelah "Defragment" satu-satu.



Selamat Mencuba !!!

0 comments: